Friday, October 17, 2008

Assalamualaikom. Hari ni (29.09.2008) lagi 1hari nak raya syuk masih di rumah along lagi, malam tu baru kiteorang betolak balik kampung. Syuk awal-awal lagi dah siap kemas pakaian dalam beg. Syuk dah tak sabar nak balik sepang. Sebab nak menyambut hari raya bersama mak dengan Abah. Malam tu kiteorang bertolak pukul 12 lebih . Syuk dah suruh mak beli kan kfc untuk sahur. Mak cakap kalau tak sempat sahur kat rumah Syuk kene habis kan ayam tu jugak. Sebab Syuk bagi tau Mak awal sangat. Syuk ingat kan betolak awal. Nasib baik sempat sahur kat rumah. Kiteorang sampai kat sepang pukul 4.55 pagi. Lepas tu Mak terus sediakan makanan untuk sahur. Makan kfc lepas kiteorang makan sahur nasib baik sempat kiteorang sembahyang subuh. Along dengan keluarga dia balik rembau kampong dieorang. Syuk gembira dapat balik rumah Syuk.Raya kat rumah Syuk lagi meriah. Malam raya satu taman pegi takbir raya kat masjid Sultan Hishamudin. masjid nombor 2 besar kat Sepang ramai orang datang nak takbir raya. Balik je takbir raya Syuk dengan kawan-kawan pegi taman. Main mercun,bunga api macam-macam ada sebab Pakngah Syuk jual mercun. Lepas Syuk main mercun Syuk dengan Adik Syuk balik rumah tolong Mak buat ketupat,nasik impit,kuah kacang. malam tu pukul 10 lebih Syuk telefon radio ikim Syuk buat ucapan hari raya. Habis je telefon radio ikim Syuk terus tidor. Syuk bangun awal pagi tu. Syuk mandi lepas tu Syuk bersiap untuk pegi masjid sembahyang raya. Pagi raya Syuk pakai baju melayu warna hitam kain warna hitam selipar pon warna hitam.Pagi tu Syuk Mak Kak long Kak Shikin takbai semua warna hitam Along pon hitam jugak sedondon dengan Syuk. Tema kiteorang tahon ni warna hitam pastu sempat mesej Along sebelum pegi sembahyang raya. Syuk makan nasik impit sebelum bergerak ke masjid. Lepas sembahyang raya, ramai sedara-mara datang berkunjung ke rumah Syuk. Pada hari raya pertama tu Syuk pergi jalan raya rumah sedara. Syuk dapat duit raya. Pada hari raya kedua pulak pagi-pagi lagi pergi Syuk beraya kat KLIA. Lepas tu Syuk makan KFC, pergi Anjung tinjau tengok kapal terbang. Balik dari KLIA, Syuk terus ke Nilai pergi GIANT cari "carrom" untuk kawan. Syuk jalan-jalan kat Nilai sampai pukul 5 petang. Malam pulak, Syuk beraya ke rumah kawan-kawan Syuk. Pada hari raya ketiga pukul 10 pagi Syuk pergi Seremban pegi jalan-jalan kat tempat boling, kat tempat wayang, naik lif turun lif saje main-main je. Petang Syuk pegi Taman Seroja beraya rumah cikgu sekolah rendah Syuk sampai maghrib baru Syuk balik rumah, cikgu yang hantar balik rumah Syuk. Malam Syuk main meriam tong. Pada raya keempat pulak Syuk beraya di rumah Maksu tido semalam dengan 2 orang sepupu Syuk di Banting. Di Banting, Syuk main "carrom". Pada sebelah malam Syuk main mercun dengan sepupu. Lepas tu beraya di rumah kawan sepupu. Pada pagi raya kelima Syuk pergi ke The Store ikut Maksu beli barang masak. Balik dari The Store Syuk terus balik ke Sepang.

Friday, October 3, 2008

Monday, September 29, 2008

Monday, September 22, 2008

Jalan-Jalan Bersama Along Saya



video



Assalamualaikom hari ni (22.9.2008) Syuk dengan Along pegi ipoh. Kiteorang betolak dari rumah pukul 9.00 pagi sampai ipoh pukul io.oo pagi. Syuk pegi ipoh sebab nak hantar assignment dekat pensyarah Along sebab tu Syuk ikut Along. Kita orang dah sampai kat ipoh je. lepas tu pensyarah Along suruh jumpe pukul 3.00 pulak, lama tu Syuk nak tunggu. Lepas tu kan Along bawak Syuk pegi jalan-jalan dekat Jaya Jusco. Along bawak Syuk pegi tempat best kiteorang main game. kiteorang asyik kalah je membazir je duit Along. habis je main game Syuk dengan Along pergi main boling . Best tu Syuk mana pernah main boling tapi boleh tahan la Syuk dah reti main boling dah kenapa tak pecaya ke. Habis je main boling kiteorang pegi Siber Kafe Along nak print assignment. Along dah habis print baru kiteorang sembahyang zuhur kat masjid. cantik masjid tu ada air-cond pulak tu dah la hari tu panas sangat. Dah pukul 3.00 Along terus pegi jumpa pensyarah. lepas tu Along jumpa kawan die lama Syuk tunggu sampai longgar lutut syuk nak cabut skru lutut ni. pukul 4.00 petang kiteorang balik Syuk tidur Along kene bawak kereta kesian dia. sampai rumah baru Syuk bangun balik je Syuk terus berbuka . Itu je diari Syuk harini.

Thursday, September 18, 2008

Diari Syuk 18.9.2008

Assalamualaikom hari ni Syuk sahor pukul 4.00 pagi. Lepas tu Syuk dengan along tak tidur pon sebab Syuk sebok buat karangan dalam blog. Lepas tu syuk tengok gambar kat laptop lepas subuh baru syuk dengan along tidor. Bagun je tidur syuk mandi lepas tu syuk dengan along pegi kedai komputer. Syuk balik je pegi kedai syuk teros buat kuih raya. lepas buat kuih raya syuk hidang kan makanan untuk berbuka. Syuk kengyang sangat Lepas tu syuk main gusti degan along habis hidung syuk kene tarik sampai nak menangis sakit tu. Lepas tu syuk sembahyang maghrib. habis je sembahyang syuk dengan along pasang pelita. Lepas kiteorang pasang pelita kan syuk terus tukar baju sebab syuk dengan along nak pergi sembahyang tarawih la kenape tak pecaya ke. Syuk balik je sembahyang tarawih syuk ajak along pegi kedai beli air 100plus. Balik je pegi kedai syuk terus sambung buat kuih raya. Lama tu dari pada pukul 9.00 sampai pukul 12.oo.Tapi syuk dengan along tak tidor sampai lepas subuh baru syuk tidur.

Wednesday, September 17, 2008

Diari Ramadhan Syuk

Aiman

Iji baju putih

Syuk tengah pasang pelita

Syuk dan Along pasang pelita

Pelita menyala

Syuk dan Along

Syuk

Syuk ensem


Kak Aisyah

Bersuka ria


Buat Kuih Raya


Buat Kuih Lagi

Suka Ria




Assalamualaikom saya syukri bulan puasa ni Syuk ber puasa kat rumah Along. Syuk datang kat rumah along sebelom puasa lagi. Puasa kat rumah Along best berbuka pn sedap sangat lepas tu dia orang layan Syuk baik tu. Duduk kat sini hari-hari Syuk sembahyang terawih. Syuk sembahyang terawih dekat surau dengan Along jalan kaki je. Sebelom pegi sembahyang terawih kiteorang pasang pelite dulu. Balik je sembahyang terawih Syuk teros tolong buat kuih raya nak cari duit raya lebih. Puasa petama kat sini sejuk sampai 7 haribulan lepas tu panas je teros. Kadang-kadang kitaorang main mercon best tu. Kalau Syuk puasa kat rumah Syuk mesti syuk pergi meniaga bunga api ikot pak ngah.Duk kat sini hari-hari syuk kene tarik hidung dengan Along sampai merah tu. Lama-lama mancong hidung Syuk macam Husin pakistan jual carpet. Duk kat sini kawan syuk sikit je. Aiman dengan Iji. Kat sini ramai makwe nak ngorat Syuk Kamariah/Nana/Zura biasa la tu. 11 hari kiteorang puasa Syuk pegi Kelantan makan angin kiteorang tak makan nasik tau. Hari tu panas sangat nasib baik Syuk tak minom air. Sikit lagi je Syuk nak minom air tapi Syuk sabar je la. Syuk balik kampong sekali dengan Along. Dok kat sini Syuk dah pandai guna komputer. Along ajar. Syuk lagi power daripada Hanah. Syuk ada friendster, ada blog. Along yang tolong buat. Terima kasih Along. Puasa ni Syuk dengan Along hari-hari tido lepas sahor sebab tengok cerita Diari Ramadhan Rafique dalam laptop. Bangun tak payah nak cakap pukul berape. Sebelom Syuk tutup catatan diari ini, Syuk tinggalkan beberapa rangkap pantun.



Akal menunjukkan jalan di bumi
Hati menunjukkan jalan nurani
Segala salah mohon di ampuni
Aidil fitri kita rayakan lagi


Disisir diandam dengan cekap
Potong rambot pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut hari raya


Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menagkap ikan
Saya menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap dimaaf kan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban


Cincin disarung hati berdebar
Jarigan lembut wajah terhias
Ramadhan di sambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dngan meriah


Berhati-hati di jalan raya
Itulah pesan si linda jelita
Sama-sama menyambut raya
Bermaaf-maafan di hari bahagia



SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Berpuasa