Wednesday, September 17, 2008

Diari Ramadhan Syuk

Aiman

Iji baju putih

Syuk tengah pasang pelita

Syuk dan Along pasang pelita

Pelita menyala

Syuk dan Along

Syuk

Syuk ensem


Kak Aisyah

Bersuka ria


Buat Kuih Raya


Buat Kuih Lagi

Suka Ria




Assalamualaikom saya syukri bulan puasa ni Syuk ber puasa kat rumah Along. Syuk datang kat rumah along sebelom puasa lagi. Puasa kat rumah Along best berbuka pn sedap sangat lepas tu dia orang layan Syuk baik tu. Duduk kat sini hari-hari Syuk sembahyang terawih. Syuk sembahyang terawih dekat surau dengan Along jalan kaki je. Sebelom pegi sembahyang terawih kiteorang pasang pelite dulu. Balik je sembahyang terawih Syuk teros tolong buat kuih raya nak cari duit raya lebih. Puasa petama kat sini sejuk sampai 7 haribulan lepas tu panas je teros. Kadang-kadang kitaorang main mercon best tu. Kalau Syuk puasa kat rumah Syuk mesti syuk pergi meniaga bunga api ikot pak ngah.Duk kat sini hari-hari syuk kene tarik hidung dengan Along sampai merah tu. Lama-lama mancong hidung Syuk macam Husin pakistan jual carpet. Duk kat sini kawan syuk sikit je. Aiman dengan Iji. Kat sini ramai makwe nak ngorat Syuk Kamariah/Nana/Zura biasa la tu. 11 hari kiteorang puasa Syuk pegi Kelantan makan angin kiteorang tak makan nasik tau. Hari tu panas sangat nasib baik Syuk tak minom air. Sikit lagi je Syuk nak minom air tapi Syuk sabar je la. Syuk balik kampong sekali dengan Along. Dok kat sini Syuk dah pandai guna komputer. Along ajar. Syuk lagi power daripada Hanah. Syuk ada friendster, ada blog. Along yang tolong buat. Terima kasih Along. Puasa ni Syuk dengan Along hari-hari tido lepas sahor sebab tengok cerita Diari Ramadhan Rafique dalam laptop. Bangun tak payah nak cakap pukul berape. Sebelom Syuk tutup catatan diari ini, Syuk tinggalkan beberapa rangkap pantun.



Akal menunjukkan jalan di bumi
Hati menunjukkan jalan nurani
Segala salah mohon di ampuni
Aidil fitri kita rayakan lagi


Disisir diandam dengan cekap
Potong rambot pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut hari raya


Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menagkap ikan
Saya menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap dimaaf kan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban


Cincin disarung hati berdebar
Jarigan lembut wajah terhias
Ramadhan di sambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dngan meriah


Berhati-hati di jalan raya
Itulah pesan si linda jelita
Sama-sama menyambut raya
Bermaaf-maafan di hari bahagia



SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

No comments: